expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 4 October 2011

Trivia

Ya Allah, Bukalah jiwaku kepada perkara-perkara yang baik-baik sahaja

Kata-kata mutiara IMAM SYAFII  tentang kehidupan

  1. Belajarlah ilmu feqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya
  2. Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat 
  3. sesipa benar dalam persaudaraan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaanya
  4. Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan sesiapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu
  5. Seseorang tidak akan dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan
  6. Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang
  7. Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan

Saturday 1 October 2011

kisah bersiri-MAHAR YANG MAKBUL-Siri 1

TAKWA MENYATU DUA JIWA

WatakGadis- Raihan
WatakLelaki- Khair


Kelihatan dua orang kanak-kanak sedang duduk bermain di satu kawasan halamn berteduhkan sebatang pohon rendang. Itulah Khair dan Raihan, mereka sering bermain di situ. Kebetulan pula buaian itu terletak berdekatan sekali dengan rumah Raihan. Tidak menjadi satu kebimbangan bagi ibu bapanya melepaskan Raihan untuk bermain dengan anak tetangganya. Raihan menghayun tubuh di atas buaian sambil merasakna elusan angin menerpa ke wajah. Khair yang berdiri di belakang hanya memandang kosong sambil menyimpan satu gelora jiwa. Raihan merasa sunyi dan cuba mengisi kekosongan bicara itu. "Kenapa awak tidak ke sekolah sehari dua ini?" Raihan bertanya sambil tubuhnya leka diulit buaian.


"Saya sudah tidak boleh ke sekolah." Khair memuncungkan bibir. Ada rona sayu di kelopak matanya.


"Kenapa? Apa yang membuatkan awak tidak boleh ke sekolah? Ibu awak sakit?" tanya Raihan.


"Bukan,tetapi kerana saya tidak ada duit. Ayah saya sudah meninggal setahun lalu,jadi ibu saya tidak mampu hantar saya belajar di sekolah. Sebab itu saya tidak dapat belajar," jawab Khair dengan nada sayu.


"Apa awak hendak buat selepas ini?" tanya Raihan. Mereka berdua sebaya, kedua-duanya baru mencecah umur lapan tahun.


"Ibu saya mahu hantar saya ke pondok pengajian agama. Sya akan belajar di situ," jelas Khair. Dia berhenti menghayun buaian dan berjalan kehadapan Raihan. Serta-merta buian Raihan dihentikan dan pandangan mata Khair dilontarkan ke dalam anak mata Raihan. Tindakan Khair itu membuatkan Raihan terpegun.


"Awak saya suka pada awak" Khair memberitahu sambil memandang sepasang mata milik Raihan.


"Eeh, tidak tahu malu," balas Raihan. Dia tersengih.


"Saya suka pada awak sebab awak budak baik. Lagipun, ibu saya cakap ayah awak itu orang baik. Suka tolong orang susah," sambung Khair.


"Memanglah awak, ayah saya ustaz. Dia memang suka tolong orang," jawab Raihan tersipu-sipu.


"Tapi, awak orang senang. Saya orang susah. Ibu saya pesan jangan berkawan rapat sangat. Nanti orang anggap saya mahu meminta-minta dengan awak," cakap Khair dalam wajah yang sugul.


"Apalah awak, abi saya tidak suka membezakan orang miskin dengan kaya. Abi saya pesan, orang bertakwa adalah yang paling mulia di sisi Allah," beritahu Raihan.


"Bertakwa? Apa benda tu? Ais krim ke?" Khair tidak pernah mendengar kalimah itu.


"Bukan ais krim,tetapi benda lain...saya juga tidak tahu maksud bertakwa. Itu cakap abi saya. Saya hanya sebut sahaja. Sayapun tidak faham," jelsa Raihan


"Maksudnya, jika saya bertakwa saya akan setaraf dengan semua orang? Dan saya boleh berkawan dengan awak sampai bila-bila?" tanya Khair lagi.


"Entah...abi saya cakap, orang bertakwa akan bersama dengan orang bertakwa. Begitu juga sebaliknya. Kalu kita berdua sama-sama bertakwa kepada Allah, mesti kita akan bersama," Raihan memberitahu. Khair memahami, dalam diam dia bertekad untuk mencari maksud takwa itu.


"Tapi, jika saya pergi belajar di sekolah pondok...selepas ini kita tidak akan bertemu lagi. Bagaimana kita akan bersama?" tanya Khair.


"Entah!" Raihan tidak punya jawapan.


"Mungkin kita akan berjumpa di syurga kot!" Khair memberitahu dan dia ketawa terkekek-kekek. Raihan hanya tersenyum sambil menggerakkan buaian.


"Bila wak akan ke pondok?"
"Esok."


"Awalnya...nanti kita sudah tidak dapat berjumpa lagi?"


"Entahlah. Berjumpa tu masih boleh, tapi pertemuan selepas ini mungkin tidak sama lagi dengan sekarang."
"Kenapa pula?"


"Sebab saya sudah belajar di pondok, saya pasti segan untuk berjumpa dengan awak lagi," jawab Khair. Raihan angguk.


"Awak ...ini saya ada hadiah untuk awak." Khair menghulurkansekeping plastik nipis yang terdapat di dalamnya sekuntum bunga matahari yang telah dikeringkan. Bunga itu telah diwarnakn dengan pelbagai warna. Plastik kecil itu menjadi sepeti satu bingkai yang indah.


"Eh! Cantiknya!" Raihan menyambut


"Saya buat sendiri . Awak simpanlah," Khair memberitahu. Dia tidak punya duit untuk membeli sesuatu berharga. Tambahan pula dia pernah melihat kawannya mewarnakan daun dengan dakwat air. Jadi, dia meniru apa yang pernah dilihatnya. Ternyata, selepas berkali-kali mencuba akhirnya berhasil.


"Bunga warna-warni. Cantik betullah awak. Terima kasih awak." Raihan tersenyum lebar. Kelihatan ibu Raihan sedang berdiri di ambang pintu rumah sambil memandang keletah anaknya dan juga Khair dari kejahuan.


"Raihan hari sudah petang. Mari masuk ke dalam rumah," panggil umi di ambang pintu. Raihan bangun dari buaian.


"Khair! Mari sini sekejap, nak. Ada bubur jagung yang mak cik mahu kirimkan kepada ibu kamu." beritahu umi kepada Khair. Perlahan Khair mendekati.


"Nah, berikan ini kepada ibu kamu," Umi memberikan satu bekas bubur jagung ke tangan Khair.


"Terima kasih, mak cik," jawab Khair sopan. Dia pun berlalu pulang bersama sebekas bubur jagung. Sebaik tiba di tepi buai dia berpaling ke arah pintu Raihan.
Kelihatan Raihan dan uminya berdiri disitu. Raihan melambai. Khair hanya menggigit bibirnya.


'Semoga kita dapat bersama lagi.' Dia pun berlalu pergi

Bersambung......

mari jadi orang baik

Yang penting bukan berapa lama manusia itu hidup, tapi bagaimana manusia itu hidup.

Apakah hidupnya hanya untuk berbuat kerusakan bagi dirinya dan orang lain, atau hidupnya untuk memperbaiki dirinya, dan mengajak orang lain untuk berbuat kebajikan.

Bukan berapa lama orang itu di dunia, tapi berapa banyak waktunya yg digunakan untuk kebaikan.

Muhammad al islam

• MARI JADI ORANG BAIK •








Muhasabbah



Hijrah daripada Maksiat kepada taat


Peringkat pertama buat maksiat, hati resah gelisah. Hati tertolak dan terasa amat tidak sesuai dengan fitrah . Terasa wajah dan air muka diconteng arang. Alhamdullillah


Peringkat kedua terlibat, terasa hati kian jinak dan berkehendak kepada maksiat. Makin akrab walau masih ada rasa malu dan ragu. Bangkai maksiat masih cuba disembunyikan sadaya mampu. Terasa hina andai ada yang mampu menghidu diari hidupnya yang tercalit dosa dan noda. Semoga Allah melimpahkan taufik hidayah-Nya


Peringkat ketiga, maksiat kini terasa kian lazat. Terasa alah biasa tegal biasa. Sudah mula ketagih sehingga sanggup berusaha meneruskan maksiat walau ada halangan. MasyaAllah


Peringkat akhir, teringin nak ajak orang lain ke arah kemungkaran. Terasa ingin mempromosikan dan mengkomersialkan maksiat. Rasa malu dan iman sudah tercabut dari hati. Nauzubillah


Sebelum sampai kepada peringkat kedua dan seterusnya, jadikan rasa resah sebagai benteng dan tembok agar mampu berhenti tros. Moga taat mengambil alih tempat maksiat, insyaAllah

i love allah

dugaan adalah kemanisan,
yang dpt menjadikan kita lebih baik,
dapat membuatkan kiter berfikir,
dapat membuatkan kita blajar dari kesilapan sendiri...sbab itulah
dugaan itu...MANIS :)


"so worship ALLAH alone by doing religious deeds sincerely for ALLAH's sake only (and not to show off and not to set up rivals with HIM in worship)."


[The Qur'an, Surah Az-Zumar (39): 2]





agamamu agamaku

Oh my sister, PLEASE wear your hijab...It is FARD!

ALLAH (subhanahu wa ta'ala) says:
❀❀❀❀And tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which [necessarily] appears thereof and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands' fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers, their brothers' sons, their sisters' sons, their women, that which their right hands possess, or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to Allah in repentance, all of you, O believers, that you might succeed.❀❀❀❀
(Surah An Noor, 31)




plus

Sunnah pejuang


Setiap ibadah jika tidak dilakukan dengan kekhusyukkan ruhi, maka ruh itu tidak akan merasai kenikmatannya; andaikata dalam hal solat, ini bermakna ruh itu tidak dapat bermusyahadah dengan Allah s.w.t, sedangkan yang kembali kepada Allah
(“innalillahi wainnailaihi raji’un”) itu adalah ruh dan yang akan disoal di Hari Pembalasan juga ialah ruh. Jasad yang ditinggalkan dalam kubur itu akan lenyap dimakan tanah. Selama ini, hal ruh selalu kurang diberi perhatian dalam ibadah ummah. (MODE: TERKEDU)





Contohnya niat – adakah membaca “Usolli ….“ itu secara jasadi atau ruhi? Pastinya, niat yang diterima ialah yang di”baca” secara ruh. Jika seseorang itu membaca “Usolli…” dengan kuat , tetapi hatinya lalai, sudah pasti dari awal lagi ibadat itu sudah tertolak. Perkara seperti inilah yang dipandang berat oleh ahli Sufi.




iluvislam.com




Dosa menggelapkan hati. Bila hati kita gelap, sukar untuk melakukan kebaikan. Jauhkanlah diri kita dari dosa, agar kita sentiasa tenang dan sejahtera hadapi kehidupan.