expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 1 October 2011

kisah bersiri-MAHAR YANG MAKBUL-Siri 1

TAKWA MENYATU DUA JIWA

WatakGadis- Raihan
WatakLelaki- Khair


Kelihatan dua orang kanak-kanak sedang duduk bermain di satu kawasan halamn berteduhkan sebatang pohon rendang. Itulah Khair dan Raihan, mereka sering bermain di situ. Kebetulan pula buaian itu terletak berdekatan sekali dengan rumah Raihan. Tidak menjadi satu kebimbangan bagi ibu bapanya melepaskan Raihan untuk bermain dengan anak tetangganya. Raihan menghayun tubuh di atas buaian sambil merasakna elusan angin menerpa ke wajah. Khair yang berdiri di belakang hanya memandang kosong sambil menyimpan satu gelora jiwa. Raihan merasa sunyi dan cuba mengisi kekosongan bicara itu. "Kenapa awak tidak ke sekolah sehari dua ini?" Raihan bertanya sambil tubuhnya leka diulit buaian.


"Saya sudah tidak boleh ke sekolah." Khair memuncungkan bibir. Ada rona sayu di kelopak matanya.


"Kenapa? Apa yang membuatkan awak tidak boleh ke sekolah? Ibu awak sakit?" tanya Raihan.


"Bukan,tetapi kerana saya tidak ada duit. Ayah saya sudah meninggal setahun lalu,jadi ibu saya tidak mampu hantar saya belajar di sekolah. Sebab itu saya tidak dapat belajar," jawab Khair dengan nada sayu.


"Apa awak hendak buat selepas ini?" tanya Raihan. Mereka berdua sebaya, kedua-duanya baru mencecah umur lapan tahun.


"Ibu saya mahu hantar saya ke pondok pengajian agama. Sya akan belajar di situ," jelas Khair. Dia berhenti menghayun buaian dan berjalan kehadapan Raihan. Serta-merta buian Raihan dihentikan dan pandangan mata Khair dilontarkan ke dalam anak mata Raihan. Tindakan Khair itu membuatkan Raihan terpegun.


"Awak saya suka pada awak" Khair memberitahu sambil memandang sepasang mata milik Raihan.


"Eeh, tidak tahu malu," balas Raihan. Dia tersengih.


"Saya suka pada awak sebab awak budak baik. Lagipun, ibu saya cakap ayah awak itu orang baik. Suka tolong orang susah," sambung Khair.


"Memanglah awak, ayah saya ustaz. Dia memang suka tolong orang," jawab Raihan tersipu-sipu.


"Tapi, awak orang senang. Saya orang susah. Ibu saya pesan jangan berkawan rapat sangat. Nanti orang anggap saya mahu meminta-minta dengan awak," cakap Khair dalam wajah yang sugul.


"Apalah awak, abi saya tidak suka membezakan orang miskin dengan kaya. Abi saya pesan, orang bertakwa adalah yang paling mulia di sisi Allah," beritahu Raihan.


"Bertakwa? Apa benda tu? Ais krim ke?" Khair tidak pernah mendengar kalimah itu.


"Bukan ais krim,tetapi benda lain...saya juga tidak tahu maksud bertakwa. Itu cakap abi saya. Saya hanya sebut sahaja. Sayapun tidak faham," jelsa Raihan


"Maksudnya, jika saya bertakwa saya akan setaraf dengan semua orang? Dan saya boleh berkawan dengan awak sampai bila-bila?" tanya Khair lagi.


"Entah...abi saya cakap, orang bertakwa akan bersama dengan orang bertakwa. Begitu juga sebaliknya. Kalu kita berdua sama-sama bertakwa kepada Allah, mesti kita akan bersama," Raihan memberitahu. Khair memahami, dalam diam dia bertekad untuk mencari maksud takwa itu.


"Tapi, jika saya pergi belajar di sekolah pondok...selepas ini kita tidak akan bertemu lagi. Bagaimana kita akan bersama?" tanya Khair.


"Entah!" Raihan tidak punya jawapan.


"Mungkin kita akan berjumpa di syurga kot!" Khair memberitahu dan dia ketawa terkekek-kekek. Raihan hanya tersenyum sambil menggerakkan buaian.


"Bila wak akan ke pondok?"
"Esok."


"Awalnya...nanti kita sudah tidak dapat berjumpa lagi?"


"Entahlah. Berjumpa tu masih boleh, tapi pertemuan selepas ini mungkin tidak sama lagi dengan sekarang."
"Kenapa pula?"


"Sebab saya sudah belajar di pondok, saya pasti segan untuk berjumpa dengan awak lagi," jawab Khair. Raihan angguk.


"Awak ...ini saya ada hadiah untuk awak." Khair menghulurkansekeping plastik nipis yang terdapat di dalamnya sekuntum bunga matahari yang telah dikeringkan. Bunga itu telah diwarnakn dengan pelbagai warna. Plastik kecil itu menjadi sepeti satu bingkai yang indah.


"Eh! Cantiknya!" Raihan menyambut


"Saya buat sendiri . Awak simpanlah," Khair memberitahu. Dia tidak punya duit untuk membeli sesuatu berharga. Tambahan pula dia pernah melihat kawannya mewarnakan daun dengan dakwat air. Jadi, dia meniru apa yang pernah dilihatnya. Ternyata, selepas berkali-kali mencuba akhirnya berhasil.


"Bunga warna-warni. Cantik betullah awak. Terima kasih awak." Raihan tersenyum lebar. Kelihatan ibu Raihan sedang berdiri di ambang pintu rumah sambil memandang keletah anaknya dan juga Khair dari kejahuan.


"Raihan hari sudah petang. Mari masuk ke dalam rumah," panggil umi di ambang pintu. Raihan bangun dari buaian.


"Khair! Mari sini sekejap, nak. Ada bubur jagung yang mak cik mahu kirimkan kepada ibu kamu." beritahu umi kepada Khair. Perlahan Khair mendekati.


"Nah, berikan ini kepada ibu kamu," Umi memberikan satu bekas bubur jagung ke tangan Khair.


"Terima kasih, mak cik," jawab Khair sopan. Dia pun berlalu pulang bersama sebekas bubur jagung. Sebaik tiba di tepi buai dia berpaling ke arah pintu Raihan.
Kelihatan Raihan dan uminya berdiri disitu. Raihan melambai. Khair hanya menggigit bibirnya.


'Semoga kita dapat bersama lagi.' Dia pun berlalu pergi

Bersambung......

1 comment:

  1. salam, boleh saya tahu dimana saya boleh membaca sambungan cerita ini ? terima kasih atas bantuan

    ReplyDelete